Monday, June 21, 2010

Stall @ Persidangan UMNO Kluang


Hari sabtu, 19th Jun 2010, RC 1st time menceburkan diri dalam kerja2 menyebukkan diri dalam majlis orang nih..Haiyak..banyak seh halangan dan dugaan. Manakan tidak..dalam best2 dh setting stall bawah pokok bunga kertas tiba-tiba hujan datang mencurah2. Harapkan abang bawak payung rupanya baru setengah jalan Rahmat Tuhan lebih awal mendahului..

Pindah venue daripada bawah pokok ke meja registration (proses menyebukkan diri di majlis orang)

Inilah yang dinamakan rezeki daripada tuhan. Dalam duk kelembapan di sekeliling, business jalan dengan amat menggalakkan.. Dalam pukul 5.30 ptg bile jemaah persidangan berangkat pulang, stall RC diserbu oleh Cik2 Puteri yang ayu2 sumanya. Hepi betul bila hasil tangan kami mendapat rating tertinggi dalam carta pilihan hati pelanggan. Sampaikan togel jugak Cik Minah (model serbaboleh) pasal ade yg minat sngat dengan tudung display yg die pakai. Apa pun Puteri Kluang memang spoting habis..Thanks ya..Buah pisang dalam perahu, tahun depan x payah jemput pun kami sampai dulu...whihihi

Serbuan yang dibuat oleh ahli2 Puteri Kluang mengamatkan suasana

Ahad pagi kami bergegas untuk menjadi antara yang tidak di undang lagi sekali ke majlis Persidangan UMNO bahagian Kluang pulak. Kali ni target utama adalah golongan Wanita selain golongan mereka-mereka yang rewang kat dapur sekali. Kali ini tembakan yang dibuat agak tersesar disebabkan beberapa faktor, antaranya :

  1. kurangnya penyelidikan terhadap pasaran semasa

  2. promosi yang kurang atau liputan media yang tidak meluas

  3. keperolehan barangan keperluan (gula) yang semakin sukar

  4. Merah yang menjadi warna kebanggaan tidak dijadikan sebagai rujukan
Walaupun begitu, misi RC tetap tercapai dimana kami berjaya memperkenalkan label jenama kami beserta operasi induk di internet kepada golongan sasaran. Malah bonus untuk kami dimana selama hidup di bumi Malaysia ini, rasanya ni pertama kali mendengar ucapan Dato' Hishamudin secara live. Yang pasti, "Perjuangan kini adalah bersama mereka yang setia pada keadaan yang sukar".

Mengelak kelaparan dengan membaca akhbar

Target Next Week........UPLOAD TUDUNG KAT BLOG........Whihihihihihihi...lamer gilek x upload baru

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.